PROGRAM DATA DETECTIVE STI 100³ MOSTI
Membudayakan ICT dan Literasi Data dalam Kalangan Murid

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM), telah melaksanakan aktiviti Data Detective di bawah Program STI 100³ MOSTI bersama Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Program ini melibatkan 40 orang murid dan lima orang guru.
Menerusi aktiviti hands-on, murid bekerja dalam kumpulan untuk memerhati objek 3D dan mengenal pasti ciri-cirinya, termasuk bentuk, warna, saiz dan bilangan. Data yang dikumpulkan kemudiannya disusun dan dipersembahkan dalam bentuk graf yang sesuai.
Pada 12 November 2026, murid turut mengikuti sesi pembelajaran di Makmal 3, PTPM USM, dari 9.00 hingga 10.00 pagi. Dalam sesi ini, mereka diperkenalkan kepada perisian Orange Data Mining dan melihat bagaimana teknologi boleh membantu mengurus serta memvisualkan data.

Program ini memberi peluang kepada murid untuk belajar melalui pemerhatian, perbincangan dan penerokaan teknologi. Selain meningkatkan pendedahan kepada bidang ICT dan analisis data, aktiviti berkumpulan turut menggalakkan kerjasama, komunikasi dan pemikiran logik.
PTPM USM berharap pengalaman ini dapat menyemarakkan minat murid terhadap Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta mendorong mereka meneroka penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
#PTPMUSM #STI100 #MOSTI #DataDetective #ICT #LiterasiData #STEM
- Hits: 3