PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN MULTIMEDIA (PTPM) RAIKAN STAF DALAM MAJLIS PENGHARGAAN PTPM 2024

Penat lelah dan pengorbanan staf dalam memastikan segala urusan dan tugasan dapat diselesaikan mendapat pengiktirafan sewajarnya apabila mereka diraikan dalam majlis yang ringkas tapi penuh bermakna di Hotel Amari, Pulau Pinang pada 17 Julai 2025.
Bertemakan 'Denim Retro', majlis minum petang ini dianjurkan bagi menghargai dedikasi, komitmen dan sumbangan warga PTPM sepanjang tempoh perkhidmatan bersama PTPM.
Prof. Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pengarah PTPM, dalam ucapan ringkasnya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja PTPM atas komitmen dan usaha gigih dalam mendukung visi dan misi organisasi.
Anugerah Penghargaan PTPM 2024 disampaikan kepada lima orang penerima utama yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang dan profesionalisme yang tinggi. Penerima anugerah adalah seperti berikut:
1. Cik Ayda Fatahiyah Abd Malek
2. En. Azhar Daud
3. En. Mohd Fathullah Zulkeply
4. En. Mohd Syafiq Sobri
5. Pn. Muneera Ahmad
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Dalam majlis yang sama, PTPM turut merakamkan tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan dua orang pegawai yang pernah berkhidmat dengan PTPM iaitu Pn. Haryani Hasenan, Timbalan Pendaftar yang kini berkhidmat di Pusat Pengajian Seni dan Pn. Norita Mohamed @ Abd Aziz, yang kini berkhidmat di IPPT.
![]() |
![]() |
Majlis turut diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah, persembahan santai daripada staf dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Keseluruhannya, majlis ini bukan sahaja berjaya menghargai mereka yang cemerlang dan berjasa, malah turut menyemai semangat kekitaan dan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja PTPM.

Oleh: Encik Mohamad Danial Bin Shahri
- Hits: 184





