USM BANTU MURID-MURID PEMULIHAN KHAS (PPK) MELALUI PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI - BENGKEL STEM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE
Pada 9 September 2023 baru-baru ini, Bengkel STEM: Pembangunan Aplikasi Mobile Murid-Murid Pemulihan Khas (PPK) Siri 1 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia. Program tersebut telah diajurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Unit Pemulihan Khas PPD Kuala Muda Yan, SK Gurun (Pusat) serta Persatuan Disleksia Malaysia.
Seramai 33 orang murid-murid pemulihan khas dari sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar negeri Kedah diiringi oleh 11 orang guru telah menyertai acara tersebut. Pada hari tersebut, majlis telah dirasmikan oleh Pengarah PTPM, Professor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya serta tetamu lain iaitu Puan Hajah Zurinah binti Zainal Abidin selaku Penolong Pegawai Pendidikan - Unit Pemulihan Khas-PPD Kuala Muda dan Yan, Kedah juga Encik Mohamad Shibly bin Hassan selaku Pengarah Program Persatuan Dyslexia Malaysia (Bahagian Utara). Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Penyelidikan, Inovasi & Jaringan PTPM, Ts. Dr. Mageswaran Sanmugam, Timbalan Pendaftar PTPM, Puan Haryani Hasenan,
Menurut Penyelaras Komuniti dan Alumni, PTPM iaitu Dr Mariam Mohamad, bengkel STEM ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid pemulihan khas tahap 2 di sekolah rendah untuk memahami bagaimana aplikasi mobile di bina. Dengan menggunakan kepakaran dari PTPM dan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, PPD Kuala Muda dan Yan Kedah, SK Gurun (Pusat) serta Persatuan Disleksia Malaysia, adalah diharapkan bengkel ini menjadi titik tolak kepada usaha untuk menyediakan murid-murid dalam menghadapi cabaran abad ke 21.
- Hits: 819