Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

  • Announcements
  • PTPM MENERIMA KUNJUNGAN PELAJAR DAN DELEGASI PIMPINAN TERTINGGI DARI UNIVERSITAS HARAPAN MEDAN (UNHAR), INDONESIA.

PTPM MENERIMA KUNJUNGAN PELAJAR DAN DELEGASI PIMPINAN TERTINGGI DARI UNIVERSITAS HARAPAN MEDAN (UNHAR), INDONESIA.

358636083 767216375199725 7802764727245289323 n

Seramai 10 orang pelajar Universitas Harapan Medan (UnHar), Indonesia berkesempatan menimba pengalaman menarik melalui progam mobiliti (inbound) di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia baru-baru ini.
 
358599992 767216621866367 7161715823873971129 n
Program yang berkonsepkan ‘best learning experience’ selama tujuh hari bermula dari 30 Jun sehingga 6 Julai 2023 itu penuh dengan aktiviti pendidikan merangkumi jalinan sosial, experimental learning, pertukaran budaya dan pembelajaran tanpa sempadan. Beberapa tempat lawatan sambil belajar turut dikunjungi seperti Kraft Batik Malaysia dan pelajar juga dapat merasa pengalaman mencanting batik di situ. Pelajar turut melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang seperti Bukit Bendera, Padang Kota, Escape, Jeti Tan dan The TOP, Komtar.
Pada sidang kemuncak lawatan ini, satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama Rektor Universitas Harapan Medan Indonesia, Profesor Dr. Sriadhi di Bilik Persidangan Canselori, Bangunan Canselori. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Dekan Pusat Pengajian Komunikasi dan Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan bersama-sama 15 lagi pimpinan tertinggi dan staf akademik UnHar. Kedua-dua universiti bersetuju untuk berkolaborasi melalui pertukaran staf akademik, pertukaran pelajar, kerjasama projek penyelidikan dan program akademik bersama.
 
358636346 767216821866347 6069394702368002588 n
Sempena dengan majlis penandatangan itu, dua pensyarah kanan dari UnHar iaitu Puan Mayasari dan Encik Zuindra turut menyampaikan ceramah umum di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan yang bertajuk ‘Mak Yong’ in a Systemic Functional Linguistics (SFL) dan Ideological Representation on Visual Language Metafunctions In ‘Ketoprak Dor’ Performances from North Sumatra. Ceramah ini dihadiri oleh 47 peserta, termasuk staf dan pelajar dari UnHar dan USM yang dijalankan secara bersemuka dan sesi hibrid.
 
359317396 767216531866376 2883426322016683257 n
  • Hits: 1246

Contact Us

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Penang

Tel       : +604-6533222
Fax      : +604-6533825
E-mail  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Like & Follow

  • Last Modified: Friday, 08 November 2024