Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

  • Announcements
  • Sesi Perkongsian Akademik PTPM (Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia)

Sesi Perkongsian Akademik PTPM (Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia)

Dua_Sesi_Perkongsian.jpg

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBrs Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa dua Sesi Perkongsian Akademik PTPM (Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia) akan dijalankan seperti berikut:


Sesi Perkongsian Akademik PTPM 1
 
Tajuk: Meneroka Webcasts untuk Pembelajaran dan Penyelidikan
Penceramah: Ghanis Putra Widhanarto, Universitas Negeri Semarang, Indonesia
Tarikh: 26 Mei 2023 (Jumaat)
Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 pagi (Masa Malaysia)
Mod: Atas Talian
Medium: Bahasa Melayu
Bayaran: Percuma
Sesi Perkongsian Akademik PTPM 2
 
Tajuk: Konsep Kurikulum Pendidikan Dan Teknologi Pendidikan
Penceramah: Dr. Yuli Utanto, Universitas Negeri Semarang, Indonesia
Tarikh: 2 Jun 2023 (Jumaat)
Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 pagi (Masa Malaysia)
Medium: Bahasa Melayu
Bayaran: Percuma
 
Sesi-sesi Perkongsian Akademik tersebut merupakan suatu usaha Bahagian Akademik PTPM untuk menggalakkan lagi kegiatan perkongsian pengetahuan dalam kalangan ahli akademik, pelajar USM, dan rakan jaringan PTPM. Sesi-sesi Perkongsian Akademik ini juga bertujuan untuk membolehkan sarjana dari berbagai bidang berkongsi strategi dan pengalaman mereka dalam aktiviti akademik.
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput semua warga USM untuk menyertai kedua-dua Sesi Perkongsian Akademik tersebut. Sebarang pertanyaan tentang kedua-dua Sesi Perkongsian Akademik ini boleh diajukan kepada Chau Kien Tsong melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sekian, Terima Kasih.
 
Pengarah
Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
Universiti Sains Malaysia
  • Hits: 1272

Contact Us

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Penang

Tel       : +604-6533222
Fax      : +604-6533825
E-mail  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Like & Follow

  • Last Modified: Friday, 08 November 2024