Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

  • Announcements
  • PTPM TERUS KOMITED BERSAMA MEMACU KECEMERLANGAN UNIVERSITI APEX

PTPM TERUS KOMITED BERSAMA MEMACU KECEMERLANGAN UNIVERSITI APEX

IMG 20230417 WA0040

 
Satu sesi perkongsian berkenaan dengan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) yang disampaikan oleh Profesor Dato' Dr. Aldrin Abdullah telah diadakan pada 14 April 2023 di Bilik Seminar melibatkan seluruh warga staf PTPM.

IMG 20230417 WA0036

Objektif sesi ini dianjurkan adalah untuk memberi aspirasi dan kefahaman mengenai peranan dan penglibatan PTJ agar selari dengan agenda utama Universiti APEX. Dalam sesi yang sama beliau turut berkongsi tentang strategi untuk meningkatkan pencapaian KPI PTJ.

IMG 20230417 WA0039

Beliau turut menekankan peranan nadi utama PTPM yang terdiri daripada staf akademik, pentadbiran dan teknikal dalam merealisasikan visi dan misi bagi memacu kecemerlangan Universiti APEX.

IMG 20230417 WA0041

Menurut Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pengarah PTPM, adalah menjadi tanggungjawab semua staf untuk bekerjasama dan sentiasa berusaha menjajarkan program yang berlandaskan sembilan teras APEX iaitu Keilmuan, Masa Hadapan, Kelainan, Kelestarian, Kesejagatan, Kemanusiaan, Pengorbanan, Perubahan dan Kesejahteraan.

#ptpmzoners #USMAPEX
Teks: Mu'azzah Ismail
? Syed Azreezal

  • Hits: 426

Contact Us

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Penang

Tel       : +604-6533222
Fax      : +604-6533825
E-mail  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Like & Follow