Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

Program Lawatan Penanda Aras PTPM

 

WhatsApp Image 2023 03 16 at 3.40.52 PM 2

Program Lawatan Penanda Aras PTPM ke beberapa organisasi/industri termasuk Multimedia University (MMU), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Digital Art Gallery by Fillamen telah diadakan pada 16 & 17 Mac 2023 melibatkan seramai 38 orang terdiri daripada staf akademik, pentadbiran, teknikal serta pelajar-pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa.

WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.14.46 AM 1

Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga PTPM untuk mengenal pasti serta mempelajari amalan-amalan terbaik daripada organisasi lain.

Menurut Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pengarah PTPM pelaksanaan program ini bukan sahaja untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada warga tetapi turut dapat mengeratkan jaringan kolaborasi Universiti-Agensi-Industri-Komuniti dan ukhuwah antara staf dan pelajar serta memberi manfaat kepada semua pihak. Beliau turut mengharapkan agar ia dapat menyuntik semangat baharu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengajaran di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, USM.

 

WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.43.02 AMWhatsApp Image 2023 03 16 at 3.40.53 PM

 

Teks: Azzah Ismail

  • Hits: 289

Contact Us

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Penang

Tel       : +604-6533222
Fax      : +604-6533825
E-mail  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Like & Follow