Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

  • Announcements
  • HEBAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) BIL. 5/2022 PANDUAN PERSIAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023

HEBAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) BIL. 5/2022 PANDUAN PERSIAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023

HEBAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) BIL. 5/2022
PANDUAN PERSIAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023


  1. Selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan kemasukan secara
    fizikal mulai Mac 2022, adalah dimaklumkan pihak Universiti telah bersetuju bagi kemasukan
    pelajar Semester 1, Sidang Akademik 2022/2023 pada Oktober 2022 sepertimana berikut :
    1. Pelajar Ijazah Pertama – Kemasukan Secara Fizikal Sepenuhnya di mana sesi Pengajaran dan
      Pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara bersemuka.
    2. Pelajar Pasca Siswazah – Kemasukan Secara Fizikal dan Hibrid di mana sesi Pengajaran dan
      Pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara bersemuka dan dalam talian.
  2. Dalam hal ini, pihak Pusat Pengajian/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mengenalpasti pelajarpelajar
    yang akan kembali ke kampus dan merancang pelaksanaan PdP dengan sebaiknya.
  3. Pelan Pengajaran bagi setiap kursus untuk Semester 1, 2022/2023 perlu dinyatakan dengan jelas
    sama ada sesi kuliah/ sesi pembelajaran berkenaan akan diadakan secara bersemuka atau secara
    dalam talian atau hibrid. Pelan pengajaran ini perlu diedarkan dan dimaklumkan kepada semua
    pelajar, terutamanya untuk pelajar dari pusat pengajian lain yang boleh mengambil kursus ini.
  4. Para pelajar diminta mematuhi panduan kemasukan pelajar ke kampus seperti yang ditetapkan
    oleh Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM dari semasa ke semasa.
  5. Pelajar disaran menjalankan ujian kendiri sebelum kemasukan ke kampus dan bagi pelajar yang
    mempunyai gelaja atau berstatus kontak rapat perlu menangguhkan dahulu untuk masuk ke
    kampus sehingga keadaan kembali sihat.
  6. Pelajar antarabangsa boleh merujuk kepada “USM International Student Pass Guideline” di
    pautan: http://imcc.usm.my/v2/wp-content/uploads/2020/10/edited-Final-Visa-informationbooklet-.
    pdf berkaitan visa pelajar bagi tujuan persediaan kemasukan pada semester hadapan.
  7. Bagi kes pelajar antarabangsa yang gagal mendapatkan visa, sesi pengajaran dan pembelajaran
    boleh diteruskan secara hybrid.
  8. Penyelarasan penempatan Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial bagi kelas bersemuka akan
    dilaksanakan oleh (UPKP) Unit Perkhidmatan dan Kemudahan Pusat, Jabatan Pendaftar melalui
    Sistem Pengagihan Kuliah Universiti (SPKU).
  9. Semua urusan pelajar kembali ke kampus perlu mengikut ketetapan pihak Bahagian Hal Ehwal
    Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), manakala hal penginapan di desasiswa adalah
    tertakluk kepada keputusan Pusat Perumahan & Penginapan Universiti (HAC). Pemilihan
    kemasukan penginapan di desasiswa pada semester akan datang akan ditentukan berdasarkan
    Sistem MyCSD.
  10. Sistem penasihatan akademik hendaklah dimantapkan supaya komunikasi di antara penasihat
    akademik dan pelajar dapat dipastikan berkesan.
  11. Kalendar Akademik bagi Sidang Akademik 2022/2023 boleh dimuatturun dari pautan berikut
    https://bpa.usm.my/index.php/kalendar-akademikv2/category/30-kalendar-akademik-2022-
    2023
  12. Pelajar dinasihati agar peka kepada semua pemberitahuan oleh pihak Universiti dan Pusat
    Pengajian dari masa ke semasa.
  13. Diminta kerjasama pihak Pusat Pengajian/PTJ untuk mewar-warkan hebahan ini kepada semua
    pelajar ijazah pertama dan pelajar pasca ijazah.

Sekian, terima kasih.
Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Sains Malaysia
4 Ogos 2022

  • Hits: 278

Contact Us

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Penang

Tel       : +604-6533222
Fax      : +604-6533825
E-mail  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Like & Follow