Perkongsian Pembelajaran Hibrid kepada Graduate School of Business (GSB)
USM, 18 Mac 2022 – PTPM telah menerima kunjungan hormat dari Pegawai dan Pensyarah Graduate School of Business (GSB). Sesi perkongisian ini telah diadakan di bilik seminar PTPM dan bertujuan untuk berkongsi proses perlaksanaan pembelajaran hibrid yang diperkenalkan oleh PTPM menggunakan Swivl. Kunjungan ini berlangsung dari 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Perbincangan ini juga melibatkan demontrasi penggunaan Swivl oleh Ts. Dr. Irwan Mahazir bagi perlaksanaan pembelajaran hibrid. Pihak GSB juga membawa Swivl (versi lama) bagi tujuan perbicangan dan membincangkan kaedah mengaplikasi bagi tujuan proses pembelajaran.
- Hits: 241