Kunjungan Jabatan Pendidikan Negeri Perak ke PTPM
USM, 2 Mac 2022 – PTPM telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Sesi perkongsian maklumat telah diadakan di bilik seminar PTPM. Sesi ini telah berlangsung dari 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari, di Bilik Seminar PTPM. Di dalam sesi ini, 5 pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Pengarah, Prof Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya dan dua timbalan pengarah, Ts. Dr. Irwan Mahazir, dan Ts. Dr. Mageswaran Sanmugam telah membincangkan perlaksanaan terbaik pembelajaran hibrid serta peralatan terkini bagi pembelajaran hybrid di samping kaedah penggunaan teknologi di JPN Perak. Di samping itu, satu sesi demontrasi penggunaan Swivl juga telah dilaksanakan oleh Ts. Dr. Irwan Mahazir.
- Hits: 235