“THINGS I WISH I KNEW BEFORE STARTING MY PHD”: SUATU PERKONGSIAN PENGALAMAN ALUMNI PTPM
29 Mei 2021 – Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) telah menganjurkan satu seminar pasca-siswazah yang bertajuk “PTPM Postgraduate Online Seminar: Things I Wish I Knew Before Starting My PhD” pada 29 Mei 2021. Dr. Aizat Shamsuddin, seorang pereka bentuk instruksi daripada Universal IT Solution Sdn. Bhd. telah dijemput untuk berkongsi pengalamannya semasa beliau melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di PTPM.
Menurut Dr. Nurullizam Jamiat, ketua projek seminar tersebut, seminar tersebut merupakan salah satu usaha PTPM untuk menggalakkan alumni PTPM berkongsi pengalaman tentang pembelajaran pasca-siswazah dengan pelajar PTPM. Usaha ini juga bagi menyokong program khidmat masyarakat supaya komuniti pelajar dan alumni PTPM terus berkembang dan menerima manfaat yang baik melalui hubungan tersebut.
Seramai 27 pelajar, alumni dan pensyarah PTPM telah menyertai seminar yang diadakan secara dalam talian ini. Seminar berbentuk perkongisan pengalaman ini bertujuan untuk memaklumkan pelajar tentang perkara seperti skop kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran PhD, strategi-strategi mengharungi cabaran dalam pembelajaran, teknik membina hubungan yang baik dengan penyelia utama, serta perisian komputer bagi membantu penulisan tesis serta analisis data. Penceramah, Dr. Aizat juga telah membincangkan bagaimana pengetahuan yang beliau perolehi di PTPM membantu beliau dalam kerjayanya sebagai seorang pereka bentuk instruksi di industri.
Secara keseluruhannya, seminar ini berjalan dengan lancar dan diharap dapat memberi suntikan semangat dan dorongan kepada golongan pelajar PTPM untuk terus maju ke hadapan dalam perjalanan pengajian mereka.
- Hits: 279