Kunjungan Jabatan Pendidikan Negeri Perak ke PTPM

USM,   2 Mac 2022 – PTPM telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Sesi perkongsian maklumat telah diadakan di bilik seminar PTPM. Sesi ini telah berlangsung dari 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari, di Bilik Seminar PTPM. Di dalam sesi ini, 5 pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Pengarah, Prof Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya dan dua timbalan pengarah, Ts. Dr. Irwan Mahazir, dan Ts. Dr. Mageswaran Sanmugam telah membincangkan perlaksanaan terbaik pembelajaran hibrid serta peralatan terkini bagi pembelajaran hybrid di samping kaedah penggunaan teknologi di JPN Perak. Di samping itu, satu sesi demontrasi penggunaan Swivl juga telah dilaksanakan oleh Ts. Dr. Irwan Mahazir.

Picture16 Picture17

 

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray