• Home
  • Media Gallery
  • Announcements
  • PEMBINAAN STANDARD KOMPETENSI GURU-GURU DALAM TEKNOLOGI DIGITAL SUATU KEPERLUAN PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM ERA PANDEMIK – UCAPTAMA SEMINAR OLEH PENGARAH PTPM, PROF. DR. WAN AHMAD JAAFAR WAN YAHAYA

PEMBINAAN STANDARD KOMPETENSI GURU-GURU DALAM TEKNOLOGI DIGITAL SUATU KEPERLUAN PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM ERA PANDEMIK – UCAPTAMA SEMINAR OLEH PENGARAH PTPM, PROF. DR. WAN AHMAD JAAFAR WAN YAHAYA

Picture20

USM, 24 Mei 2021 – Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Penyampai Ucap Utama dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pertandingan Inovasi Penyelidikan Peringkat Kebangsaan 2021 (NSERiC2021), telah berjaya menyampai ucaptamanya yang bertajuk “Pembinaan Standard: MY Digital Teacher Competency”. NSERiC2021 merupakan suatu seminar kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPG KKB) dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 dan 25 Mei 2021.

Picture18

Tema NSERiC2021 ialah “Kelestarian Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0 Menuju Norma Baharu”. NSERiC2021 berhasrat untuk membolehkan pendidik dan penyelidik berkongsi idea serta meneroka penyelesaian kepada cabaran dan impak pandemic Covid19 yang kini dihadapi oleh seluruh dunia. Antara idea baru ialah pembinaan suatu standard kompetensi untuk guru-guru dalam teknologi digital yang diutarakan oleh Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar. Menurut beliau, Standard Digital Pendidik adalah suatu keperluan peringkat Kebangsaan untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap kualiti pendidikan, terutamanya pendidikan secara dalam talian. Objektif Standard Digital Pendidik beliau ialah melahirkan pendidik yang kompeten dalam pelaksanaan tugas dengan mengintegrasikan teknologi digital, mempelbagaikan teknik pengajaran lebih kreatif dan berteknologi tinggi serta melahirkan murid yang membudayakan keterhubungan, kolaboratif, kreativiti, dan pemikiran kritis dalam persekitaran kaya teknologi. Dengan adanya Standard Kompetensi ini, guru-guru dan murid-murid di sekolah akan dapat menguasai kemahiran teknologi digital dengan lebih menyeluruh lagi untuk menghadapi cabaran Pandemik.

Turut hadir di NSERiC2021 termasuk Profesor Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman dari Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Profesor Dato’ Wan Ahmad Sabri Wan Yusof, TNC Akademik & hal Ehwal Pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah dan Profesor Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, Pengarah Pusat Komuniti dan Kelstarian (UMCares). NSERiC2021 telah dihadiri oleh lebih 50 peserta. Semua sesi pembentangan kajian dan inovasi adalah dijalankan secara dalam talian.

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray