• Home
  • Media Gallery
  • Announcements
  • MENJADI WARGA DIGITAL YANG KOMPETEN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA DALAM ERA DIGITAL – SARANAN PENGARAH PTPM, PROF. DR. WAN AHMAD JAAFAR DALAM BICARA PENDIDIK 4

MENJADI WARGA DIGITAL YANG KOMPETEN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA DALAM ERA DIGITAL – SARANAN PENGARAH PTPM, PROF. DR. WAN AHMAD JAAFAR DALAM BICARA PENDIDIK 4

Picture17

USM, 24 Jun 2021 – Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), telah dijemput oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang untuk berbicara tentang kompentensi pendidik peringkat kebangsaan dalam Siri Bicara Pendidikan ke-4 di Platform Youtube pada 24 Jun 2021. Tajuk perbincangan Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar ialah “Konsep Warga Digital: Pasca Covid-19”.

Picture15

Konsep “Warga Digital” adalah sebahagian konsep daripada Dasar Pendidikan Digital (2021-2025) di mana Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar bersama Ts. Dr. Irwan Mahazir Ismail dan Ts. Dr. Mageswaran A/L Sanmugam dari PTPM terlibat bersama dalam membina instrumen kompetensi standard. Dalam perbicaranya, Profesor Dr Wan Ahmad Jaafar telah menghujahkan definisi Warga Digital dan dasar-dasar nasional yang berkaitan dengannya. Menurut beliau, Warga Digital dalam konteks pendidikan ialah pendidik yang memahami dan kompeten dalam mengguna, mengurus keselamatan siber dalam setiap urusan yang mengintegrasikan teknologi digital, mampu memindah dan berkongsi kompetensi tersebut kepada rakan-rakan dan pelajar demi kesejahteraan dan keharmonian Negara.

Menurut beliau lagi, konsep warga digital ini sebenarnya telah berevolusi sejak 1990an, iaitu bermulanya Program Perintis Sekolah Bestari pada tahun 1988 sehingga tahun 2020 di mana Dasar Pembestarian Sekolah berakhir. Dasar Pembestarian Sekolah kini telah digantikan dengan Dasar Pendidikan Digital dan akan berlangsung dari tahun 2020 sehingga 2025. Dasar Pendidikan Digital ialah suatu usaha bersepadu kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran digital. Konsep Warga Digital yang diutarakan oleh Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar ialah suatu konsep yang berlandaskan usaha ini dengan membudayakan keterhubungan, kolaboratif, kreativiti, dan pemikiran kritis dalam persekitaran pembelajaran yang kaya dengan teknologi digital.

 

Siri Bicara Pendidikan di Platform Youtube berhasrat untuk membolehkan pendidik dan pelajar berkongsi idea serta meneroka penyelesaian kepada cabaran dan impak pandemik Covid19 yang kini dihadapi oleh seluruh dunia. En. Ishak bin Ayub, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang ialah Moderator dalam Sesi Bicara ini. Pautan bicara tersebut boleh dilawati di pautan

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray