• Home
  • Media Gallery
  • Announcements
  • JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN “TEKNOVASI 2021”

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN “TEKNOVASI 2021”

teknovasi

PULAU PINANG, 4 Mac 2021 –Presiden Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM-META) merangkap Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia (PTPM-USM), Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya ingin menjemput semua anak warga USM untuk menyertai Pertandingan Teknologi dan Inovasi dalam Pembelajaran Abad ke-21 (TEKNOVASI 2021).

TEKNOVASI 2021 merupakan pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh PTPM-META dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan jangkaan bahawa pertandingan ini akan dapat menarik lebih 200 penyertaan, TEKNOVASI 2021 bakal menampilkan projek-projek inovasi dan teknologi terkini dalam ruang lingkup pendidikan di sekolah.

Menurut Presiden PTPM-META, TEKNOVASI 2021 merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat inovasi dan idea kreatif anak muda di sekolah-sekolah supaya sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 dan era Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“Dalam kepesatan ledakan teknologi digital hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan inovasi dan kreativiti. Dengan mereka bentuk kandungan yang menarik dalam inovasi pendidikan, teknologi pendidikan digital berupaya membantu dalam mengembangkan minat pelajar dalam pembelajaran kendiri, malah boleh digunapakai oleh warga pendidik di peringkat sekolah bagi membudayakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21,” ujar beliau.

Hadiah menarik telah disediakan untuk pemenang bagi setiap kategori, iaitu:

  • Johan - RM 750 + Trofi + Sijil
  • Naib Johan - RM 500 + Trofi + Sijil
  • Ketiga - RM 300 + Trofi + Sijil
  • Keempat - RM 200 + Trofi + Sijil
  • Kelima - RM 200 + Trofi + Sijil

Yuran penyertaan sebanyak RM80.00 dan tarikh akhir penghantaran penyertaan ialah pada 30 April 2021. Maklumat lanjut berkenana dengan pertandingan TEKNOVASI 2021 ini boleh didapati dengan melayari pautan https://teknovasi2021.ptpm-meta.com/.

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray