• Home
  • Media Gallery
  • Announcements
  • INOVASI PTPM RANGKUL PINGAT PERAK ANTARABANGSA EREKA2020

INOVASI PTPM RANGKUL PINGAT PERAK ANTARABANGSA EREKA2020

INOVASI PTPM 1

PULAU PINANG, 5 Ogos 2020 – Satu produk inovasi hasilan ahli akademik Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mokmin, berjaya merangkul pingat perak dalam pertandingan Virtual Research and Innovation Exhibition Unimap (EREKA2020) yang telah dijalankan dari 1 Julai 2020 hingga 4 Ogos 2020.

EREKA2020 bertujuan untuk mendorong penyelidik mempamerkan inovasi serta meningkatkan jaringan dan kolaborasi antara mereka. EREKA2020 yang dijalankan secara maya kali ini telah disertai oleh pelbagai peserta dari instituisi pendidikan dalam negara. Seramai 200 penyertaan telah diterima oleh pihak penganjur Universiti Malaysia Perlis (Unimap). USM telah menghantar empat penyertaan, tiga dari bidang kejuruteraan dan satu dari PTPM.

Produk inovasi Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mokmin bertajuk Intelligent Health Advisor (IHE). Mengikut beliau, pembangunan produk inovasi bukannya mudah, kerana ia memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan pemikiran di luar kotak. Apatah lagi, produk inovsai adalah berkaitan kesihatan dan mampu memberi manfaat kepada seluruh masyarakat secara umumnya. Ts. Dr. Nur Azlina berkata idea asal membangunkan produk ini dicetuskan oleh kerisauan beliau terhadap kekurangan senaman generasi muda kini, yang mana mereka lebih gemar mengasingkan diri sendiri untuk permainan digital. Memandangkan idea tersebut berpotensi untuk dikaji serta membawa manfaat kepada generasi muda, maka beliau menggembleng usaha melakukan pelbagai kajian serta penyelidikan ke atas produk tersebut.

Secara keseluruhannya, kemenangan Ts. Dr. Nur Azlina menandakan satu pengiktirafan penting kepada produk inovasi PTPM.

INOVASI PTPM 2

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray