BOLING KKDS MENGERATKAN SILATURRAHIM WARGA PTPM

Bowling 1

Situasi pandemik COVID-19 tidak menghalang staf PTPM untuk menjalankan aktiviti riadah dan sosial. Seramai 29 orang staf telah menyertai Boling KKDS yang telah diadakan di Aspiration Centre, Sun Shine Square pada 10 September 2020 lalu dan masih mengekalkan pematuhan SOP dan arahan kerajaan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Boling KKDS merupakan program anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial PTPM (KKDS) yang merupakan satu inisiatif dalam menjaga kebajikan dan mempertingkatkan kesejahteraan staf. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf terutamanya semasa di luar waktu bekerja. Turut tidak ketinggalan, para Pelajar PTPM turut menyertai dan memeriahkan Program Boling KKDS sebagai tanda sokongan padu mereka kepada aktiviti KKDS.

Presiden KKDS, Cik Ayda Fatahiyah Abd Malek menerusi ucapan beliau sempena Program Boling KKDS turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah serta pihak pengurusan PTPM kerana memberi peluang kepada KKDS untuk menganjurkan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KKDS, warga staf dan Pelajar yang terlibat dalam memberikan sepenuh komitmen serta kerjasama yang terbaik dalam menjayakan program ini.

bowling 2

Acara Boling KKDS diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Pengarah PTPM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya kepada pemenang dan peserta yang terlibat.

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray