Makmal Kualiti Akademik

Bengkel PTPM

Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (PTPM) telah mengambil inisiatif dalam membuat perancangan penambahbaikan Borang Penawaran Kursus (BPK) serta Penyelarasan Kualiti Akademik PTPM.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, Makmal Kualiti Akademik Fasa IV telah dilangsungkan pada 5 hingga 7 Oktober 2020, bertempat di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang, yang dihadiri seramai 14 orang pensyarah. 

Penganjuran makmal ini adalah bertujuan bagi membincangkan serta membuat beberapa penetapan dan pemetaan bagi meningkatkan kualiti akademik PTPM supaya memenuhi keperluan akreditasi seperti Penetapan Kurikulum, Penetapan Student Learning Time (SLT), Pemetaan Taksonomi (Kognitif, Psikomotor dan Afektif), Pemetaan Kemahiran Insaniah berdasarkan Kursus MIM dan Penyelarasan serta dokumentasi bagi dokumen Kualiti Akademik. 

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA
Centre for Instructional Technology & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia

Tel: +604-653 3222 / 3224 / 3226     |    Fax: +604-653 2375

user gray